Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 24 Apr 2018
Versi 8.0.4b
PengenalanPengenalan

Majlis Daerah Kanowit (MDK) ditubuhkan pada tahun 1949 sekarang terletaknya di Jalan Kubu Kanowit bertentangan Kubu Emma (Dibina oleh Rajah Charles Brooke dalam Tahun 1859 semasa pemerintahan White Rajah di Sarawak) berperanan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Seksyen 6 & 7 Ordinan Piliharaya Negeri (Cap. 7). Pekan Kanowit terletak di pertemuan sungai Kanowit dan sungai Rajang. Aliran sungai Rajang lebih kurang 563 kilometer dari Laut Cina Selatan, menjadikan sungai ini terpanjang di Malaysia. Kanowit mempunyai seramai 32,700 penduduk menurut angka bancian tahun 2000 yang merangkumi kawasan seluas 2253.5 kilometer persegi.

Kumpulan etnik di Kanowit ialah bangsa Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan sebagainya. Buat masa ini kawasan dibawah bidangkuasa Majlis Daerah Kanowit adalah Pekan Kanowit, Pekan Machan, Pekan Nanga Dap, Pekan Nanga Ngemah, Skim Penempatan Semula Nanga Ngungun, Skim Penempatan Semula Nanga Jagau dan Skim Penempatan Semula Nanga Tada. Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Kanowit bertanggungjawab keatas pembangunan dan kemajuan kawasan dibawah bidangkuasanya dan komited dalam menyampaikan perkhidmatannya selari dengan visi dan polisi organisasi khususnya dan kebangsaan amnya.

Dalam usaha untuk meningkatkan dan naiktaraf mutu perkhidmatan, Majlis Daerah Kanowit telah mengeluarkan ‘Borang Survei Pelanggan‘ untuk mendapatkan komen yang membina, cadangan, maklumbalas dan sebagainya daripada pelanggan sejak tahun 2004. Semua pelanggan Majlis digalakkan untuk memberi maklumbalas dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.