Mukahdimah

 

 



Mesej Setiausaha

Assalamualaikum warah-matullah-hi wabarakatuh , salam sejahtera dan selamat melayari Laman Web Majlis Daerah Kanowit saya ucapkan kepada semua pengguna internet khususnya pelanggan Majlis Daerah Kanowit (MDK).

Dengan adanya kemudahan ini , penyaluran informasi dan komunikasi dua hala antara MDK dan pelanggannya telah menjadi lebih efisien dan efektif . Perkhidmatan yang dibekalkan oleh MDK akan menjadi lebih telus serta lebih mudah difahami dan dihayati demi mempromosikan hubungan yang baik dengan pelanggannya serta mengelakkan kemungkinan timbulnya prasangka dan salah faham ke atas polisi dan tindakan majlis.

MDK sentiasa berazam dan berusaha dalam meningkatkan dan menambahbaikan pembangunan infrastruktur setempat serta membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkualiti . Para penduduk daerah Kanowit juga patut bersyukur kerana banyak projek pembangunan serta aktiviti sosial yang sihat telah dijalankan dengan jayanya kebelakangan ini . Ianya merupakan hasil daripada daya usaha kita semua sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam merelisasikan impian membangunkan daerah Kanowit dalam masa yang singkat . Dengan adanya aset sebegini dan keluasan tanah sebanyak 2253.5 kilometer persegi , daerah Kanowit amat berpotensi untuk menarik pelaburan luar seperti dalam bidang perumahan , komersial dan perindustrian.

Disamping itu , MDK juga mempunyai visi untuk menjadikan daerah Kanowit sebagai salah satu daerah yang paling bersih , indah dan selamat untuk didiami dan dikunjungi di Negeri Sarawak . Oleh itu , rakyat jelata daerah Kanowit diseru untuk melibatkan diri , menyertai dan memikul bersama tanggungjawab ini dalam usaha mencapai hasrat tersebut.

Akhir kata , saya berharap laman web ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan bersama-samalah kita bersedia untuk menghadapi cabaran dalam era yang baru ini dengan hati yang tabah dan minda yang cerdas demi masa depan Negara.

Sekian terima kasih.

AHMAD JERRY BIN HAJI HASHIM
Setiausaha
Majlis Daerah Kanowit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

Hyperlinks
Tourism Information
Tour Destinations

Potential Tour Products

Tourist Information

 

MAJLIS DAERAH KANOWIT
Jalan Kubu, Peti Surat 1, 96707 Kanowit,
Sarawak, Malaysia.
Tel: 6084-752093
Fax: 6084-752695

E-mel: kdcict@tm.net.my

Hakcipta Terpelihara © Majlis Daerah Kanowit 2008
Projek Gemilang