Mukahdimah

 





Pengenalan

Majlis Daerah Kanowit ditubuhkan pada tahun 1949 dan pejabatnya buat masa kini letaknya di Jalan Kubu Kanowit berdekatan dengan Kubu Emma (dibina Rajah Charles Brooke semasa penjajahan pihak Inggeris di Negeri Sarawak) .
Majlis Daerah Kanowit melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen 6 & 7 Council Negeri Election Ordinance (Cap. 7).

Bandar Kanowit letaknya di tebingan Batang Rajang muara Sungai Kanowit iaitu lebih kurang 174 km dari muara Batang Rajang. Daerah Kanowit mempunyai keluasan sebanyak 2253.5 km persegi dengan jumlah penduduk sebanyak 27,982 mengikut banci tahun 2000. Kumpulan-kumpulan etnik yang terdapat di Kanowit terdiri daripada kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Buat masa sekarang, kawasan-kawasan utama di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Kanowit terdiri daripada Bandar Kanowit, Pekan Machan, Pekan Nanga Dap, Pekan Nanga Ngemah, Kawasan Penempatan Semula Nanga Tada, Kawasan Penempatan Semula Nanga Ngungun dan Kawasan Penempatan Semula Nanga Jagau.

Sebagai sebuah Penguasa Tempatan, Majlis Daerah Kanowit adalah bertanggungjawab ke atas pembangunan dan kemakmuran kawasan-kawasan di bawah bidangkuasanya dan Majlis Daerah Kanowit adalah komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua lapisan pelanggannya selaras dengan dasar dan wawasan organisasi dan Negara. Dalam usaha meningkatkan serta menambahbaikan mutu perkhidmatan, semenjak bulan April 2004, Majlis Daerah Kanowit juga telah menyediakan ‘Borang Soalselidik Pelanggan' bagi menjemput dan mengumpul komen, cadangan dan maklumbalas daripada pelanggan. Pelanggan-pelanggan Majlis Daerah Kanowit adalah digalakkan untuk menggunakan borang berkenaan sebaik mungkin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

Logo

Hyperlinks
Tourism Information
Tour Destinations

Potential Tour Products

Tourist Information

MAJLIS DAERAH KANOWIT
Jalan Kubu, Peti Surat 1, 96707 Kanowit,
Sarawak, Malaysia.
Tel: 6084-752093
Fax: 6084-752695

E-mel: kdcict@tm.net.my

Hakcipta Terpelihara © Majlis Daerah Kanowit 2010
Projek Gemilang